Followers

PROFILE

Assalamualaikum wbt


First off all, terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Aku adalah seorang freelance photographer di M.A Graphic Design dan Kaziz Enterprize. Bekerja sepenuh masa di SMK Idris Shah, Gopeng sebagai guru. 1 November 2011, genapla aku 4 tahun di situ.hehe..

Nama penuh aku Mohd Hamizan bin Mazlan. Dulu aku bersekolah menengah di SMK Jitra, Kedah. Selepas PMR, aku ke MRSM Beseri, Perlis. Disebabkan cita-cita aku nak jadi akauntan, habis jer SPM, aku pergi Matrikulasi di Arau,Perlis. Tapi bukan semua yang kita nak kita leh dpt. Sudahnya, habis je setahun di Matriks, aku sambung ke UPSI, Tg. Malim, Perak. Tapi tetap ambik course accounting tapi dgn pendidikan la..hehehe..

Aku dah berumahtangga pada Disember tahun 2009 dan menetap di Kampar, Perak. Isteri aku bernama Norasya binti Ahmad Termizi berasal dari Kuala Kangsar, Perak bekerja di CIMB Kampar. Alhamdulillah, bulan 10 tahun 2010 anak sulung aku selamat dilahirkan diberi nama Muhammad Adam Haziq bin Mohd Hamizan.

Aku banyak belajar tentang fotografi dari majalah, internet disamping kawan-kawan photographer yang lain.Semuanya bermula bila minat aku terhadap fotografi tiba-tiba muncul. hehe..aku pun study semua tentang fotografi dari A sampai Z. Dari mula ambik gambar sampaila editing. Minat aku menjadi-jadi lepas tu. Sejak tu, aku bercita-cita nak dapatkan DSLR. Akhirnya dapat jugak. Nanti aku post tentang gear yang aku guna untuk buat job ni.

Itulah serba sedilit tentang diri aku. Sekiranya sesiapa berminat dengan hasil kerja aku, boleh hubungi aku atau M.A Graphic Design untuk perbincangan tentang pakej yang sesuai dengan bajet korang.

Terima Kasih.
Wassalam.




Mohd Hamizan bin Mazlan
Freelance Photographer
Email : mizanmazlan@yahoo.com
Blog : http://mmclicks.blogspot.com