Followers

Tuesday 25 October 2011

Apa itu ISO???

Sekarang ni banyak kita boleh lihat ramai yang dah guna dslr. Dah jadi mcm satu tren pulak.. Disebabkan itu, banyak artikel-artikel berkaitan dunia fotografi dan dslr boleh kita dpt dari mana-mana. Aku pn nak share jugak apa yang aku faham dalam dunia fotografi ni...Entry kali ni aku nak bincangkan tentang ISO.
ISO (International Standard Organization) iaitu sistem standard yang digunakan untuk mengukur kelajuan tahap kepekaan filem kepada cahaya untuk kamera filem ataupun kelajuan tahap kepekaan cahaya imej sensor untuk kamera digital.
Bagi sesetengah kamera ISO juga dikenali dengan ASA. Sistem ini bukan sahaja untuk DSLR sahaja malah camera compact juga ada sistem ini. Nilai ISO bermula dari ISO 50 hingga ISO 102,400 (bergantung kepada kamera yang digunakan) tetapi kebanyakan kamera DSLR mempunyai ISO 100 sehingga ISO 1600.
Semakin tinggi nilai ISO, semakin laju dan peka kepada cahaya. Kebaikan menggunakan ISO yang tinggi adalah kerana dapat menggunakan shutter speed yang tinggi, aperture yang rendah dan boleh merakam subjek pada cahaya yang rendah tanpa menggunakan bantuan flash ataupun cahaya persekitaran.
Keburukannya, penggunaan ISO yang tinggi boleh menimbulkan banyak noise. Diharap entry ni dapt membantu beginner cam aku ni...hehe..Ok, sebagai contoh untuk rujukan bersama:

PERKARA
ISO 100 – ISO 200
ISO 400 – ISO 800
ISO 1600
Suasana cahaya
Hari cerah
Langit mendung ataupun malam
Malam ataupun kurang cahaya
Kualiti gambar
Tona warna dan ketajaman yang tinggi
Sederhana baik
Rendah dan membekukan pergerakan
Noise
Hampir tiada
Sederhana
Sangat banyak


Aku telah membuat perbandingan tersebut menggunakan kamera aku..Dengan menggunakan Aperture Mode, pada f/14 aku ambil gambar dengan berlainan ISO. Tengok noise yang wujud pada setiap gambar..Mungkin x nampak sangat dalam blog ni..Cuba korang buat mcm aku ni..Baru leh nampak perbezaan tu...Dah try nnt leh share ape yg korang dapat kat sini...Inilah gambar yang aku dapat:

 
ISO 200

ISO 800

 ISO 1600

ISO 3200


Mohd Hamizan bin Mazlan
Freelance Photographer
Email : mizanmazlan@yahoo.com
Blog : http://mmclicks.blogspot.com
Sumber: DSLR Itu Mudah-Kuasai Fungsi & Kawalan
Penulis: Saujana Mohd Rejab & E-Man Dhani
Penerbit: PTS Netmedia Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment