Followers

Sunday 30 October 2011

Fotografi Perkahwinan

    Kisah aku sebagai seorg fotografer perkahwinan bermula pada thn 2010...Masa tu aku baru mula guna DSLR...Kebetulan dalam pertengahan tahun 2010, ade seorg mamat ni dapat jd GSTT kt sekolah aku...Nama dia Azizul...Dlm diam2, rupenye abg die ade bisnes video kat majlis2 utk SUK..pastu, bile abg die quit keje tu sbb masalah kesihatan, Azizul ni pun ambikla peluang ni utk ganti jo abg die...
   Bile aku jumpa mamat ni, adela sembang2 gak hal shooting utk wedding...Die pn xde experience lg ttg ambil gambar wedding ni...So, dgn minat yg aku tunjukkan pd die, die pn ajak aku buat satu company untuk shooting wedding...die cover video,aku cover still photo...aku pn on la, sbb aku pn mmg xde plan smpi buat job kawen ni...hehehe...
   Start dr aritu, kitorg pn pulun la cari customer..Alhamdulillah, pd 23 September 2010, Azizul dpt cr customer..aku pn rse bersemangat nak ambik gambar time tu...akad nikah mlm then bersanding pd keesokan harinya...Aritu, lpas abes keje, dlm keadaan hujan lebat,aku pn gerak ngn Azizul ke Teluk Intan..Rumah pengantin tu kt sana..Event nikah tu termasuk skali ngn majlis berinai...pastu pengantin pompuan tukar satu baju ala2 Bollywood...hehehe..so, inilah antara gambar2 awal aku shoot wedding job:

Majlis Pernikahan
Shakir & Hidayah
23 September 2010
Teluk Intan, Perak...



















 
Mohd Hamizan bin Mazlan
Freelance Photographer
Email : mizanmazlan@yahoo.com
Blog : http://mmclicks.blogspot.com

Thursday 27 October 2011

Tutorial Editing BPL 2011-2012

Salam semua..boring gak cuti sekolah ni dok kat umah jer...maklumla sekolah aku ambik cuti sampai semggu sempena Pesta Cahaya (Deepavali) ni..hehe...xde keje nak wat...so, aku
 pun saje2 je edit gambar hero2 bpl thn ni...best gak layan...amacam?ok x?hehe...aku gune photoshop cs5 wat poster ni..erm..nak tau cmne aku wat?ok...stay tuned...hehehe...











Mula-mula sekali, aku cari gambar2 yang aku nak edit...Cthnya mcm dlm poster aku wat ni aku cari Aguero, Torres, Suarez, Rooney dan Persie...aku cari gak logo BPL dan logo kelab masing2 utk penuhkan poster..hehehe..ape susah..search jer dlm pakcik google...hahak..

Pastu bermula la keje editing...jeng jeng jeng...heheh..kasi saspens sket...

1) Mula-mula, klik File-Create New File, then keluar window new...aku guna preset photo..xyah pening2 aku nak pk saiz ape aku nak wat...hehe...resolution slalunya aku akan guna 300 utk buat ape saje editing...pastu klik ok...



2) Seterusnya, aku ltakkan warna utk background aku..pilih jer mane2 warna korg suke kat Swatches, pastu tekan Alt + Backspace..Untuk wat background yg ade jalur2 tu, klik Create New Layer kat bwh layer...Pastu klik Rectangular Marquee Tool mcm dlm gambar...

3) Kemudian buat jalur pertama mcm dlm gambar...warna pn korg boleh pilih..pas pilih warna,guna shortcut mcm mula2 td...Pastu, klik Ctrl+Alt+T...kemudian gerakkan jalur tu ke sebelah kanan...ikut kreativiti masing-masing berapa jarak nak letak...hehe...Kemudian taip Enter...


4) Dah siap tu, klik Crtl+Alt+Shift+T (panjang betul..hehe..)untuk dapatkan jalur-jalur yang seterusnya..senang kan?x perlu nak buat jalur tu byk kali...Buat jalur tu sehingga hujung...Then, taip Ctrl+D..Kemudian, utk dapatkan effect memancar cmtu, pergi pd Filter-Distort-Polar Coordinates...then Ok..siap dah background...


5) Kemudian, barula masukkan gambar2 yg korg dah ambik kt internet tu..Susun ikut kreativiti masing-masing...Pastu, merge kan gambar mcm dlm gambar..cmne nak wat?senang jer..klik ikon mata pada layer2 kecuali layer gambar yg nak dimergekan...Then, klik kanan klik Merge Visible...Dapatla mcm dlm gambar ni...



6) Untuk dapatkan effect blur sebagai background di belakang gambar pulak, kita perlu pergi pd gambar yg kita dh merge td...kemudian, kita taip Ctrl+J...dpt x duplicate gambar tu?klik pada gambar yg asal...then, pegi pada Filter-Blur-Radial Blur...Letakkan amount 100 peratus...Blur method: zoom dan Quality: best...Pastu Ok...


7) Kemudian terhasil gambar cmni...Then letakla logo BPL kat depan player2 tu...logo kelab pn letak sekali ikut kreativiti masing2 (dah byk kali ckp daaa...hehehe)Untuk memberi kesan pada logo kelab, kurangkan opacity kepada 50 peratus pada layer...Untuk logo BPL tu pulak, aku ltakkan effect Outer glow yg korg leh wat dgn klik 2 kali pd layer logo BPL tu...senang je kan...Selamat Mencuba...


Mohd Hamizan bin Mazlan
Freelance Photographer
Email : mizanmazlan@yahoo.com
Blog : http://mmclicks.blogspot.com
Sumber Gambar: Google Search

Tuesday 25 October 2011

Apa itu ISO???

Sekarang ni banyak kita boleh lihat ramai yang dah guna dslr. Dah jadi mcm satu tren pulak.. Disebabkan itu, banyak artikel-artikel berkaitan dunia fotografi dan dslr boleh kita dpt dari mana-mana. Aku pn nak share jugak apa yang aku faham dalam dunia fotografi ni...Entry kali ni aku nak bincangkan tentang ISO.
ISO (International Standard Organization) iaitu sistem standard yang digunakan untuk mengukur kelajuan tahap kepekaan filem kepada cahaya untuk kamera filem ataupun kelajuan tahap kepekaan cahaya imej sensor untuk kamera digital.
Bagi sesetengah kamera ISO juga dikenali dengan ASA. Sistem ini bukan sahaja untuk DSLR sahaja malah camera compact juga ada sistem ini. Nilai ISO bermula dari ISO 50 hingga ISO 102,400 (bergantung kepada kamera yang digunakan) tetapi kebanyakan kamera DSLR mempunyai ISO 100 sehingga ISO 1600.
Semakin tinggi nilai ISO, semakin laju dan peka kepada cahaya. Kebaikan menggunakan ISO yang tinggi adalah kerana dapat menggunakan shutter speed yang tinggi, aperture yang rendah dan boleh merakam subjek pada cahaya yang rendah tanpa menggunakan bantuan flash ataupun cahaya persekitaran.
Keburukannya, penggunaan ISO yang tinggi boleh menimbulkan banyak noise. Diharap entry ni dapt membantu beginner cam aku ni...hehe..Ok, sebagai contoh untuk rujukan bersama:

PERKARA
ISO 100 – ISO 200
ISO 400 – ISO 800
ISO 1600
Suasana cahaya
Hari cerah
Langit mendung ataupun malam
Malam ataupun kurang cahaya
Kualiti gambar
Tona warna dan ketajaman yang tinggi
Sederhana baik
Rendah dan membekukan pergerakan
Noise
Hampir tiada
Sederhana
Sangat banyak


Aku telah membuat perbandingan tersebut menggunakan kamera aku..Dengan menggunakan Aperture Mode, pada f/14 aku ambil gambar dengan berlainan ISO. Tengok noise yang wujud pada setiap gambar..Mungkin x nampak sangat dalam blog ni..Cuba korang buat mcm aku ni..Baru leh nampak perbezaan tu...Dah try nnt leh share ape yg korang dapat kat sini...Inilah gambar yang aku dapat:

 
ISO 200

ISO 800

 ISO 1600

ISO 3200


Mohd Hamizan bin Mazlan
Freelance Photographer
Email : mizanmazlan@yahoo.com
Blog : http://mmclicks.blogspot.com
Sumber: DSLR Itu Mudah-Kuasai Fungsi & Kawalan
Penulis: Saujana Mohd Rejab & E-Man Dhani
Penerbit: PTS Netmedia Sdn. Bhd.

Friday 21 October 2011

Birthday Adam

Minggu lepas, pd 13 Oktober 2011, genapla anak aku berusia setahun. Alhamdulillah, dah setahun anak aku..hehe..Cepat betul masa berlalu dalam tahun ni..Tak terasa pn Adam dah setahun..Aku teringat lagi mcmane mula-mula aku jadi abah...Apa-apa pun, aku bersyukur kerana Allah telah mengurniakan aku seorang anak yang membahagiakan aku dan isteri..Ni beberapa gambar yg sempat aku ambik masa tu..


2 kek aku dan wife aku beli..Kek Angry Bird utk Adam potong..yg Pooh tu plak kek aiskrim utk tetamu..idea mama diela tu..aku ikut jer...heheheh...


Adam dgn tok dan opahnya...
 


Mohd Hamizan bin Mazlan
Freelance Photographer
Email : mizanmazlan@yahoo.com
Blog : http://mmclicks.blogspot.com

Salam Perkenalan

Salam 1 Malaysia semua bloggers.
Blog ini dihasilkan lebih kepada penulisan tentang dunia fotografiku..
Jadi kepada semua fotografer boleh kita bertukar-tukar fikiran dan pendapat dalam blog aku ni berkenaan dunia fotografi..


Mohd Hamizan bin Mazlan
Freelance Photographer
Email : mizanmazlan@yahoo.com
Blog : http://mmclicks.blogspot.com